Pelaburan Emas

Teknik Melabur Emas Di Malaysia

Akaun Emas

Akaun pelaburan emas pula berbeza daripada kaedah pelaburan emas fizikal kerana emas tidak disimpan secara fizikal. Di Malaysia, antara bank yang menawarkan khidmat akaun emas ialah Public Bank dan Maybank.

Seseorang yang berminat untuk membuka akaun emas boleh melabur dengan kadar pembelian minimum antara 1g hingga 20g. Kadar belian emas di kalangan bank adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun pelaburan secara membuka akaun di bank merupakan kaedah yang mudah tanpa perlu memikirkan aspek keselamatan seperti penyimpanan fizikal emas namun kita perlu memikirkan risiko pelaburan emas jenis ini andainya berlaku krisis ekonomi.

Adalah dikhuatiri bank yang menawarkan khidmat pelaburan akaun emas ini akan menghentikan operasinya dan mengakibatkan kerugian kepada si pelabur berkenaan.

Dengan kata lain pelaburan melalui akaun emas yang ditawarkan oleh kebanyakan bank adalah lebih berisiko tinggi dan kurang mengutungkan berbanding pelaburan menggunakan emas fizikal seperti syiling dan jongkong yang secara nyata dapat dilihat dan dipegang.

 

 

Dapatkan EBook Sekarang!

 

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk mendapatkan Ebook Percuma

"8 Kesilapan Dalam Pelaburan Emas"

Ads