Pelaburan Emas Bank Rakyat

Pelaburan emas di Bank Rakyat adalah bercirikan Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam. Prinsip urusniaga ar-rahnu ialah pinjaman tanpa unsur riba. Konsep ar-rahnu seperti yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat adalah bersifat serampang dua mata iaitu sebagai kemudahan pinjaman serta merupakan satu teknik manipulasi emas bagi pelabur yang pakar dalam selok belok pelaburan emas.

Ar-rahnu mendapatkan keuntungan berdasarkan upah simpanan emas sepanjang tempoh gadaian yang lazimnya sehingga 6 bulan. Sistem Ar-rahnu Bank Rakyat menyediakan kemudahan gadaian bagi tujuan pinjaman dengan margin sehingga 70% daripada nilai barangan gadaian (nilai marhun) yang tertakluk kepada harga emas semasa.

Bank Rakyat menerima gadaian emas perhiasan jenis 18K hingga 24K. Kadar upah simpan barang kemas yang digadai kepada Bank Rakyat pula adalah bergantung kepada nilai jumlah pinjaman serta kadar upah simpan bagi setiap RM100 atas nilai marhun sebulan.

Julat kadar upah simpan adalah antara RM0.65 hingga RM0.75. Bagi emas perhiasan yang tidak ditebus selepas tamat tempoh gadaian, maka Bank Rakyat akan mengeluarkan notis kepada pemilik asal emas berkenaan untuk melelong emas tersebut kepada orang ramai.

Business & Finance - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Rahsia Menenangi Perolehan Kerajaan Ebook yang memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada para bakal kontraktor dan kontraktor untuk memahami peraturan teknik dan rahsia disebalik...
  • Rahsia Dinar Emas Membongkar Rahsia Membina Kekayaan Menerusi Dinar Emas
  • Bisnes Burger Page Ebook BIsnes Burger
  • Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita! Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari...
  • Pelajari cara menjana keuntungan setiap hari melalui Trading Gold Buat pertama kalinya pada tahun ini kami di MonsterTrader Net menganjurkan sebuah Group coaching eksklusif khusus untuk membantu anda mempelajari...

Keyword Here - Comments

Dapatkan EBook Sekarang!

 ebook

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk mendapatkan Ebook Percuma

"8 Kesilapan Dalam Pelaburan Emas"